Kebahagiaan

tiada perlu bersembunyi bila 'candid camera' bersama rakan-rakan

Kekeluargaan

Demi bersama keluarga yang tercinta

Kecantikan

Awet muda bila mencapai berat badan ideal

Kesihatan

Sihat adalah anugerah Ilahi..

Bebas

Bebas daripada lindungan ilusi saiz..

Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts

Monday, 22 June 2015

JUNK FOOD VS GOOD FOOD

JUNK FOOD VS GOOD FOOD



Ramai yang sangat suka makan junk food..Junk food tidak memiliki nilai gizi yang mencukupi, tinggi garam atau gula, tinggi kalori dan tinggi lemak. Contoh junkfood adalah kentang goreng, burger, makanan yang digoreng hingga terendam minyak, cookies, makanan proses, kerepek, minuman bersoda dan sebagainya.

Makanan-makanan tersebut memang sedap dikunyah..nyum..nyum.. tetapi sejauh mana anda sedar makanan ini tidak sihat dan boleh menyebabkan kegemukan, dan menjadi pencetus banyak penyakit seperti masalah jantung, diabetes dan sebagainya. Seorang ibu yang sering mengambil junk fo od ketikahamil lebih berisiko memiliki anak yang menderita diabetes saat usianya masih kecil.

Oleh sebab itulah, jika anda ketagih junk food, cuba jauhi pola makanan tidak sihat itu dengan beberapa cara seperti:-

  • MOTIVASI DIRi
Motivasi dan tekad yang kuat sangat penting untuk melepaskan kebiasaan ini. Bagaimana? Buat hal itu sebagai pegangan agar anda boleh memilih makanan yang lebih sihat.
  • BELAJAR MEMASAK
Kebiasaannya orang yang makan junk food adalah kesan daripada tidak pandai memasak. Mulailah belajar memasak menu-menu mudah. Jika Anda boleh memasak sendiri bahan makanan menjadi menu yang lebih sihat, anda tidak akan lagi mahu makan junk food.
  • TINGKATKAN AKTIVITi
Aktiviti seperti olahraga ringan setiap hari mampu membuatkan anda lupa dengan junk food. Anda boleh  berjalan selama 30 minit setiap pagi untuk membuat tubuh anda sihat. Selain itu senamam-senaman ringan yang boleh dilakukan di dalam rumah juga boleh membuatkan anda mengelakkan diri dari mengambil junk food.
  • MENYINGKIRKAN JUNK FOOD DARI DAPUR ANDA.
Membersihkan dapur anda daripada makanan-makanan junk food boleh membantu anda untuk menjauhinya. So, apabila Junk food tidak berada di sekitar anda, anda boleh katakana bye-bye pada junk food.
MEMILIH SNEK YANG SIHAT

KEKACANG
Banyak jenis kacang di pasaran seperti walnut , almond , kacang tanah ( peanut ), hazelnut dan yang paling sedap adalah pistachio. selain mempunyai lemak tidak tepu ia memberikan faedah didalam mengurangkan kolesterol . Banyak kebaikan yang akan kita perolehi jika memilih kacang sebagai snek pilihan anda , lebih lagi ia menghilangkan tekanan dan mengandungi omega 3 iaitu anti-inflamasi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan kemurungan . Ia juga membuatkan anda merasa tenang dan santai kerana kaya dengan tenaga , protein , serat dan antioksida .


BIJIRIN
Bijirin adalah contoh sumber tenaga yang mudah didapati sebagai snek yang berkualtiti dan dapat membekalkan karbohidrat yang diserap secara perlahan - lahan didalam sistem pertahanan badan. Anda boleh membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat, makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh. Oleh itu, amalkan pengambilan bijirin penuh dalam diet harian kerana selain daripada membantu dalam pengawalan berat badan, ia juga kaya dengan nutrien dan boleh menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang berbahaya

TENUSU
Hidangan yogurt sebagai tenusu rendah lemak kerana 3x hidangan harian yogurt lowfat akan membuatkan kita hilang lemak 60 peratus lebih daripada orang yang tidak mengambilnya. Dalam kajian yang lain, mereka yang makan tiga hidangan harian tenusu hilang lebih daripada dua kali lemak. Ini kerana ia mempunyai sumber kalsium , protein, dan juga mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Jangan lupa untuk memilih yang rendah lemak ya!


Ok kita akan bertemu di next entri untuk bantu anda lebih langsing sebelum raya ..
#LDL1060 

best regards,
coach ziti
Photobucket

Thursday, 11 June 2015

KURUS!!! Perlu ke saya kurus?



Ada yang beranggapan 3G GEBU, GEMUK & GEMPAL tu Cantik dan SEXY.., ada juga beranggapan  kurus tu tidak penting  dan ada juga yang berkata “ Akak redho je dik gemuk macam nie.. cik abang pon ok je “ ye lah kak hari nie bole redho lagi tapi bila dah dapat penyakit, akak redho gak ke cik abang guna alasan tu untuk tambah cawangan ..? 

Kebanyakan dari mereka yang mempunyai masalah kegemukan sering mencuba pelbagai Diet didalam usaha mereka untuk kurus . Ada yang berjaya namun lebih ramai yang gagal atau mungkin gagal separuh jalan . Dan ada juga dari sesetengahnya tersalah ambil ubatan dan mendapat kesan sampingan.

Disini saya kongsikan diantara 7 sebab kenapa anda perlu kurus: 


1.     BE SERIOUS tentang kesihatan ANDA
Cuba fikirkan apakah implikasi obesiti terhadap kesihatan, sudah pasti pelbagai penyakit akan hinggap dan melekat di badan seandainya kita obesiti. All FREE PAKEJ, 3 serangkai, kanser sakit sendi dan macam2 lagi. Walaupon kita x mahu dia tetap akan datang. Lebih baik cegah sebelum semua pakej tu ada.Memanglah tubuh badan kita ni diberikan percuma, tapi janganlah hanya take for granted. Lahir sempurna seboleh2 nya biarlah suatu masa nanti kita pergi pon sempurna.. kene ingat bahawa tubuh badan kita satu amanah.

2.       Tenaga & memudahkan pergerakan

Seandainya kita berbadan besar pasti akan berasa cepat letih dan mengah. Bila sudah terlalu besar aktiviti seharian pon terganggu. Jangan kan nak naik tangga nak berjalan pon tak larat. Huhu ngerikan.  Bayangkan tenaga setakat kancil tapi nak bawa badan sebesar lori 3 tan x ke parah tu namanya.. L

3.       Bebas bergambar

Pengalaman saya sendiri bila berbadan besar kita jadi tidak suka nak bergambar, kalau ada pon gambar ramai-ramai, menyorok di sebalik rakan-rakan yang kurus. Walaupon guna pelbagai taktik gambar tetap nampak gemuk.. huhu

4.       Berjimat

Untuk kurus kita akan kurangkan makan, kebanyakan masakan di luar tidak sihat so kita akan memasak makanan di rumah. Selain dapat makan makanan yang sihat kita juga mampu berjimat.

5.       Mudah nak cari pakaian

Agak-agak cemburu ke tidak bila tengok orang lain boleh memakai pakaian-pakaian yang cantik, pasti kita juga mempunyai keinginan untuk membeli pakaian sebegitu. Orang kurus pakai apa pon cantik, takde benjolan2 terlebih dari badan dan nak cari saiz pon senang.
Bayangkan anda ada duit nak shopping baju tapi sales girl buat tak layan sebab pasti saiz baju tiada untuk anda. Tak sedih ke?

6.       Tingkatkan Keyakinan Diri

Keyakinan akan bertambah bila badan dah kurus, tiada lagi kata2 sinis serta ejekan masyarakat sekeliling terhadap kita. Persepsi masyarakat kalau gemuk mesti makan banyak, malas..
Bila rasa malu nak jumpa oang, berkurung di dalam rumah sahaja, stress dan teruskan makan akibatnya badan terus jadi tong drum..

7.       Kerana Saya mahu berubah

Mungkin dikalangan anda ramai yang dah kurus dan berbadan cantik, adakalanya mereka mencabar kita untuk kurus dan cantik . Jadi buktikan kepada mereka bahawa kita juga boleh kurus , cantik dan sihat . Bukan selama-lamanya anda mahu pikul lemak-lemak berlebihan kesana-sini. Percayalah ia merupakan satu kepuasan kepada anda jika anda mampu mencapai sasaran yang anda inginkan .

Apalagi “Lets Make it HAPPEN” 

Best Regards,