Kebahagiaan

tiada perlu bersembunyi bila 'candid camera' bersama rakan-rakan

Kekeluargaan

Demi bersama keluarga yang tercinta

Kecantikan

Awet muda bila mencapai berat badan ideal

Kesihatan

Sihat adalah anugerah Ilahi..

Bebas

Bebas daripada lindungan ilusi saiz..

Showing posts with label resepi sihat. Show all posts
Showing posts with label resepi sihat. Show all posts

Wednesday, 24 June 2015

Sandwich Ayam



Resepi Sandwich Ayam

Bahan-bahan
4 keping roti wholemeal
sepotong dada ayam
bawang holland atau bawang besar
pilihan salad mengikut citarasa
lada sulah
sos cili (sedikit sahaja)
jus lemon

Cara penyediaan:
1. Rebuskan dada ayam sehingga empuk.
2. Carik-carikkan isi ayam tersebut dan perahkan sedikit lemon serta taburkan lada sulah.
3. Potong bawang besar mengikut saiz yang dikehendaki
4. Susun atur salad, bawang, daging ayam
5. Letakkan sedikit sos cili.


Friday, 12 June 2015

Ayam panggang + kacang buncis panggang

Ayam panggang + Kacang Buncis Panggang


Bahan-bahan
1 bahagian dada ayam, dibuang kulit
lada hitam - kisar kasar
 4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1-2 inci halia - tumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap
1 batang saleri
1 batang karot
1 biji tomato
beberapa batang kacang buncis (ikut citarasa)
perahan limau nipis/lemon
Minyak zaitun

Cara Penyediaan
  1. Bawang putih, halia dan lada hitam di tumbuk kasar. 
  2. Gaulkan ayam dengan bahan tadi beserta sos tiram dan kicap.
  3. Letakkan kedalam bekas pembakar letakkan kacang buncis,karot, tomato daun saleri. 
  4. Panggang ayam kira-kira 1 jam pada suhu 180darjah Celcius. 
  5. Hidangkan dengan salad kegemaran anda.

Resepi Ikan Kukus Limau dan Sayur Campur

Resepi Ikan Kukus Limau





Bahan-bahan
1 labu bawang besar
1 ekor ikan bawal/tenggiri/siakap
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia (cincang halus/tumbuk)
sos tiram secukup rasa
secubit garam
cili padi (bergantung kepada individu)
2 batang serai
1/2 biji lemon/1 biji limau nipis (diperah)
sayuran hijau (ikut citarasa)
tomato
lobak
hiasan: daun ketumbar/daun sup

Cara Penyediaan
Bawang merah dan bawang putih dipotong halus.
Masukkan bahan tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos tiram, halia, cili padi air limau.
Campurkan dan gaulkan sehingga larutan sebati.
Gaulkan dengan ikan.
Panaskan kukusan.
masukkan ikan yang telah digaul dengan semua bahan-bahan tadi. Tunggu sehingga masak
Tutupkan api dan taburkan daun ketumbar/daun sup.

Thursday, 11 June 2015

Resepi Air Lemon

Resepi Air Lemon


Bahan-Bahan :
Air suam / sejuk
½ biji lemon / limau nipis
Stevia / gula perang/madu organik

Cara Penyediaan:

1) Masukkan air suam atau sejuk ke dalam cawan
2) Perahkan setengah biji lemon
3) Campurkan dengan ½ sudu gula perang, stevia atau madu organik jika perlu.

Jus Koktail Pembersih Usus

Jus Koktail Pembersih Usus



Bahan-bahan

1 biji timun
1 biji epal
2 batang saleri
1 inci halia
1/2 biji lemon (perahan)

cara penyediaan
masukkan air 500 ml dan blend kesemuanya

Resepi Detox: Jus Epal Hijau

Nyummyy..
Pada sesetenagah mata kita hijau macam tak menarik..namun demikian sebenarnya warna hijau maksudnya nyaman dan damai..
Hijau juga membersihkan..yup..resepi Detox kali ni warna hijau..



Resepi Jus Epal Hijau (saiz hidangan 1-2)

Bahan-bahan

1 biji epal hijau saiz sederhana (kalau saiz kecil 2 biji), di cincang
2 cawan daun hijau contoh lettuce, saderi atau bayam(apa-apa daun yang berwarna hijau..senan citer ulam pun boleh )
1/2 biji lemon, diperah
1/2 cawan ice
boleh tambah serbuk kulit kayu manis.

Cara-cara
1. Blend kesemuanya sehingga betul-betul hancur
2. Ais diletakkan dalam jus epal.

Kelebihan:
1. Minuman yang berhi-fiber.
2. Mengandungi nutrien seperti vitamin A and C, potassium, fiber dan lain-lain lagi.