BAHAYA OBESITI
Secara amnya, obesiti merupakan
pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti
kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi
keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain
daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya
juga semakin pendek.
Kesemua penyakit yang disenaraikan di atas adalah kombinasi masalah perubatan yang menjurus kepada sindrom metabolik dan ia secara tidak langsung merupakan ancaman kesihatan yang membimbangkan.
Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik.
Ini kerana, katanya, sindrom ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus melainkan dengan kehadiran pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh penghidap yang menyebabkan kepada kewujudan sindrom tersebut.
“Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai tiga daripada lima komponen penyakit yang dinyatakan, mereka ini akan dilabelkan sebagai penghidap sindrom metabolik.
Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
Kebiasaannya penghidap sindrom ini mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.
Mengulas lanjut mengenai sindrom ini, menurut Dr. Shaharuddin, kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Bagi kategori remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun pula, sebanyak 38 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Ulas beliau lagi, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.
“Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan.
“Bagaimanapun, sindrom metabolik ini tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes dan ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus turut menghidap sindrom ini,” tambahnya lagi.
Justeru, katanya, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka – UTUSAN
*sumber dari www.jomdiet.com
Siapakah yang tergolong dalam obesiti
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
- Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Risiko kesihatan penghidap OBES
Sekiranya berat badan anda
bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
- Penyakit Kardiovaskular (berkaitan dengan jantung)
- Strok(angin ahmar)
- Tekanan darah tinggi
- Batu Hempedu
- Diabetes (kencing manis)
- Paras kolestrol darah yang tinggi
- Gout
- Sakit di bahagian bawah belakang badan
- Sukar bernafas
- Osteartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
- Gangguan pembuangan air kecil
- Penyakit hati
- Barah Usus
Senaman
yang boleh dilakukan
Tentu ramai anda yang takut dan
bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit,
pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi
aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
- Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik
- Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
- Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
- Berjalan-jalan, berkebun
- Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
*sumber
dari ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
Best Regards,
#coachnurul
0 comments:
Post a Comment