Ada
yang beranggapan 3G GEBU, GEMUK & GEMPAL tu Cantik dan SEXY.., ada juga
beranggapan kurus tu tidak penting dan ada juga yang berkata “ Akak redho je dik
gemuk macam nie.. cik abang pon ok je “ ye lah kak hari nie bole redho lagi
tapi bila dah dapat penyakit, akak redho gak ke cik abang guna alasan tu untuk
tambah cawangan ..?
Kebanyakan dari mereka yang mempunyai masalah
kegemukan sering mencuba pelbagai Diet didalam usaha mereka untuk kurus . Ada
yang berjaya namun lebih ramai yang gagal atau mungkin gagal separuh jalan .
Dan ada juga dari sesetengahnya tersalah ambil ubatan dan mendapat kesan
sampingan.
Disini saya kongsikan diantara 7 sebab kenapa anda perlu
kurus:
1. BE SERIOUS tentang kesihatan ANDA
Cuba fikirkan apakah implikasi obesiti terhadap
kesihatan, sudah pasti pelbagai penyakit akan hinggap dan melekat di badan
seandainya kita obesiti. All FREE PAKEJ, 3 serangkai, kanser sakit sendi dan
macam2 lagi. Walaupon kita x mahu dia tetap akan datang. Lebih baik cegah
sebelum semua pakej tu ada.Memanglah tubuh badan kita ni diberikan percuma,
tapi janganlah hanya take for granted. Lahir sempurna seboleh2 nya biarlah
suatu masa nanti kita pergi pon sempurna.. kene ingat bahawa tubuh badan kita
satu amanah.
Seandainya kita berbadan besar pasti akan berasa cepat
letih dan mengah. Bila sudah terlalu besar aktiviti seharian pon terganggu.
Jangan kan nak naik tangga nak berjalan pon tak larat. Huhu ngerikan. Bayangkan tenaga setakat kancil tapi nak bawa
badan sebesar lori 3 tan x ke parah tu namanya.. L
Pengalaman saya sendiri bila berbadan besar kita jadi
tidak suka nak bergambar, kalau ada pon gambar ramai-ramai, menyorok di sebalik
rakan-rakan yang kurus. Walaupon guna pelbagai taktik gambar tetap nampak
gemuk.. huhu
Untuk kurus kita akan kurangkan makan, kebanyakan masakan
di luar tidak sihat so kita akan memasak makanan di rumah. Selain dapat makan
makanan yang sihat kita juga mampu berjimat.
Agak-agak cemburu ke tidak bila tengok orang lain boleh
memakai pakaian-pakaian yang cantik, pasti kita juga mempunyai keinginan untuk
membeli pakaian sebegitu. Orang kurus pakai apa pon cantik, takde benjolan2
terlebih dari badan dan nak cari saiz pon senang.
Bayangkan anda ada duit nak shopping baju tapi sales girl
buat tak layan sebab pasti saiz baju tiada untuk anda. Tak sedih ke?
Keyakinan akan bertambah bila badan dah kurus, tiada lagi
kata2 sinis serta ejekan masyarakat sekeliling terhadap kita. Persepsi
masyarakat kalau gemuk mesti makan banyak, malas..
Bila rasa malu nak jumpa oang, berkurung di dalam rumah
sahaja, stress dan teruskan makan akibatnya badan terus jadi tong drum..
Mungkin dikalangan anda ramai yang dah
kurus dan berbadan cantik, adakalanya mereka mencabar kita untuk kurus dan
cantik . Jadi buktikan kepada mereka bahawa kita juga boleh kurus , cantik dan
sihat . Bukan selama-lamanya anda mahu pikul lemak-lemak berlebihan
kesana-sini. Percayalah ia merupakan satu kepuasan kepada anda jika anda mampu
mencapai sasaran yang anda inginkan .
Apalagi “Lets Make it HAPPEN”
Best Regards,
0 comments:
Post a Comment