Wednesday, 10 June 2015

Panduan untuk bersenam langsing

Panduan sebelum bersenam :

1. Pastikan tahap kesihatan anda baik.
- Sekiranya anda dalam keadaan yang tidak sihat, pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman terutamanya yang melibatkan intensity tinggi.
- Berhenti bersenam apabila terasa semput atau sesak nafas.

2. Keadaan yang bersedia
- Minum air secukupnya dan bawa air bersama anda
- Jangan bersenam dengan perut penuh dan perut kosong.
- Jangan terus mandi selepas bersenam.
- Jangan bersenam dalam cuaca gelap atau ketika udara tercemar.

3. Pakaian yang sesuai
- Pakai pakaian yang tidak terlalu ketat.
- Gunakan kain jenis serap peluh.
- Penggunaan ‘wind breaker’ tidak digalakkan ketika bersenam kerana ia menghalang penyejukan udara dan memerangkap peluh.

4. Kasut sukan yang sesuai
- Gunakan kasut yang selesa dan padan dengan saiz kaki anda dimana ibu jari dapat digerakkan.
- Kasut mesti boleh dilenturkan dibahagian hujungnya.
- Buku lali tidak termasuk didalam kasut.
- Pakai stoking yang serap peluh dan tidak melecet.

Terdapat 3 Fasa dalam proses kita bersenam.
1. Fasa Pemanasan Badan
2. Fasa Aerobik
3. Fasa Penyejukan Badan


#slimmingcoachsuraya
‪#‎ldl1060‬

0 comments:

Post a Comment