Saturday, 13 June 2015

KETAHUI 10 MAKANAN 'SUPERFOOD'' PEMBAKAR LEMAK

KETAHUI 10 MAKANAN "SUPERFOOD" PEMBAKAR LEMAK


 1. YOGURT RENDAH LEMAK
Yogurt-rendah –lemak mengawal rasa lapar di samping menguatkan tulang dan gigi. Selain itu, Yogurt mengandungi protein dan vitamin D, yang membantu tubuh cergas sepanjang hari.

2. LIMAU GEDANG
Mengandungi kalori yang rendah dan tinggi serat, merendahkan insulin dengan mengawal gula dalam darah dan mengawal metabolisme tubuh.

3. CILI MERAH
Membantu meninggikan metabolisma dengan membakar lemak dan kalori dalam kadar yang yang lebih cepat. Kandungan ‘capsaicin’ memanaskan badan dan membakar kalori.

4. TEH HIJAU
Minuman ini mengandungi antioksidan Epigallocatechin Gallate (EGCG), yang berfungsi untuk membakar kalori sepanjang hari dan juga mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh. KIa juga mampu mengurangkan selera makan.

5. KKEKACANG
Kekacang seperti walnut, dan almond mengandungi asid lemak omega-3, Asid Alfa-linolenic dan asid lemak mono tepu yang mampu meningkat kadar metabolisme yang membantu pembakaran lemak.

6. KACANG SOYA
Kacang soya jberfungsi untuk mengurangi kadar kolestrol, kadar gula, mencegah osteoporosis, mencegah sel kanser dan mengurangi gejala monopause. Selain itu ia mengandungi asid lemak-omega 3, iaitu kunci utama dalam proses mengekalkan berat badan ideal.

7. IKAN SALMON
Salmon adalah sumber omega 3 (EPA & DHA) yang membantu fungsi otak dengan lebih baik dan meningkatkan daya ingat. Vitamin A dan D, asam amino dan asam-asam selenium juga melindungi sistem saraf dan awet muda. Mengandungi fungsi anti depresan terhadap penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson. Fungsi lain adalah melindungi tubuh dari penyakit kardiovaskular dan stroke, juga membantu mengurangi penyakit sendi.

8. EPAL
Kandungan karoten dan pektinnya (serat larut dalam air yang baik sekali dalam menurunkan paras kolesterol. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimi, vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks, melambatkan proses penuaan, menghalang sakit jantung dan menghalang penularan sel kanser.Snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

9. OAT
Merendahkan kolestrol, mengawal kandungan gula dalam badan, mengandungi bahan anti kanser.Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang.

10. BERAS PERANG
Sumber serat yang mampu mengekalkan berat badan yang ideal, menurunkan kolestrol dalam darah dan mengawal kandungan gula, mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fostat, mineral magnese, selenium sebagai anti kanser.

Penulis: Coach Ummi Zt
#‎ldl1060‬

0 comments:

Post a Comment