Monday, 22 June 2015

JUNK FOOD VS GOOD FOOD

JUNK FOOD VS GOOD FOOD



Ramai yang sangat suka makan junk food..Junk food tidak memiliki nilai gizi yang mencukupi, tinggi garam atau gula, tinggi kalori dan tinggi lemak. Contoh junkfood adalah kentang goreng, burger, makanan yang digoreng hingga terendam minyak, cookies, makanan proses, kerepek, minuman bersoda dan sebagainya.

Makanan-makanan tersebut memang sedap dikunyah..nyum..nyum.. tetapi sejauh mana anda sedar makanan ini tidak sihat dan boleh menyebabkan kegemukan, dan menjadi pencetus banyak penyakit seperti masalah jantung, diabetes dan sebagainya. Seorang ibu yang sering mengambil junk fo od ketikahamil lebih berisiko memiliki anak yang menderita diabetes saat usianya masih kecil.

Oleh sebab itulah, jika anda ketagih junk food, cuba jauhi pola makanan tidak sihat itu dengan beberapa cara seperti:-

  • MOTIVASI DIRi
Motivasi dan tekad yang kuat sangat penting untuk melepaskan kebiasaan ini. Bagaimana? Buat hal itu sebagai pegangan agar anda boleh memilih makanan yang lebih sihat.
  • BELAJAR MEMASAK
Kebiasaannya orang yang makan junk food adalah kesan daripada tidak pandai memasak. Mulailah belajar memasak menu-menu mudah. Jika Anda boleh memasak sendiri bahan makanan menjadi menu yang lebih sihat, anda tidak akan lagi mahu makan junk food.
  • TINGKATKAN AKTIVITi
Aktiviti seperti olahraga ringan setiap hari mampu membuatkan anda lupa dengan junk food. Anda boleh  berjalan selama 30 minit setiap pagi untuk membuat tubuh anda sihat. Selain itu senamam-senaman ringan yang boleh dilakukan di dalam rumah juga boleh membuatkan anda mengelakkan diri dari mengambil junk food.
  • MENYINGKIRKAN JUNK FOOD DARI DAPUR ANDA.
Membersihkan dapur anda daripada makanan-makanan junk food boleh membantu anda untuk menjauhinya. So, apabila Junk food tidak berada di sekitar anda, anda boleh katakana bye-bye pada junk food.
MEMILIH SNEK YANG SIHAT

KEKACANG
Banyak jenis kacang di pasaran seperti walnut , almond , kacang tanah ( peanut ), hazelnut dan yang paling sedap adalah pistachio. selain mempunyai lemak tidak tepu ia memberikan faedah didalam mengurangkan kolesterol . Banyak kebaikan yang akan kita perolehi jika memilih kacang sebagai snek pilihan anda , lebih lagi ia menghilangkan tekanan dan mengandungi omega 3 iaitu anti-inflamasi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan kemurungan . Ia juga membuatkan anda merasa tenang dan santai kerana kaya dengan tenaga , protein , serat dan antioksida .


BIJIRIN
Bijirin adalah contoh sumber tenaga yang mudah didapati sebagai snek yang berkualtiti dan dapat membekalkan karbohidrat yang diserap secara perlahan - lahan didalam sistem pertahanan badan. Anda boleh membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat, makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh. Oleh itu, amalkan pengambilan bijirin penuh dalam diet harian kerana selain daripada membantu dalam pengawalan berat badan, ia juga kaya dengan nutrien dan boleh menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang berbahaya

TENUSU
Hidangan yogurt sebagai tenusu rendah lemak kerana 3x hidangan harian yogurt lowfat akan membuatkan kita hilang lemak 60 peratus lebih daripada orang yang tidak mengambilnya. Dalam kajian yang lain, mereka yang makan tiga hidangan harian tenusu hilang lebih daripada dua kali lemak. Ini kerana ia mempunyai sumber kalsium , protein, dan juga mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Jangan lupa untuk memilih yang rendah lemak ya!


Ok kita akan bertemu di next entri untuk bantu anda lebih langsing sebelum raya ..
#LDL1060 

best regards,
coach ziti
Photobucket

0 comments:

Post a Comment